Monday 24 October 2016

Niqab

NIQAB

(Sumber: Google images)

Sejak dua menjak ni dan boleh aku cakap sejak lima enam tahun yang sudah, trend pakai dress labuh dan jubah dalam kalangan makwe-makwe semakin hebat. Ada jubah lengan songket, ada jubah perut sulan kain lace dan ada juga jubah ditaburnya butir-butir manik. Tak kisahlah apa jenis panggilan, sama ada jubah, dress, mahupun anaya tapi kat mata lelaki; ia tetap sama. 

Jubah. 

Dan setahun yang sudah ni, gelombangnya makin ketara. Sejak lambakkan artis wanita kat nusantara ni yang dah mula nak insaf dan sedia berhijrah nak tutup aurat. Dah tak nak pakai rambut karat-karat dah. Dah tak nak pakai skirt atas lutut yang buat diri dia sendiri terseksa setiap kali nak duduk atas sofa. Terkepit-kepit nak tahan dudk tu, risau nampak yang tak patut. 



(Sumber: Google images) 

Itu pasal jubah. Pasal trend pakai niqab ni pun satu hal juga sebenarnya. Menduga iman betul. 

Niqab kalau tak tahu, trend dia mula masa awal tahun 80-an dulu. Gerakan Al-Arqam. Sebab dulu, kalau wanita yang pakai purdah ni, dia memamg daripada bangsa Arqam. Tak ada lain dah. Tapi yang bagusnya, purdah bangsa mereka dulu satu kaler sahaja; hitam. Dan tudungnya pula labuh sampai ke pinggang. 

Entah kenapa, tiba-tiba nama Arqam terus senyap dan sepi. Katanya sebab ajaran sesat. Entahlah. 

(Sumber: Google Images)

Tapi tu dulu... tapi sekarang ni? sejak cerita Indon Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat-Ayat Cinta sampai kat TV Malaysia, wanita melayu kita khasnya... dah mula minat nak pakai niqab macam heroin filem seberang tu. Yang tak bagusnya tu.. ramai wanita yang aku jumpa, pakai niqab daripada kain yang jarang dan masih nampak susuk wajah. Lagi sedih, siap ada tabur manik lagi kat niqab. (haish)

Dah lari dari tujuan niqab tu... (yang dulunya untuk menundukkan pandangan daripada lelaki yang bukan mahram). Mana tidaknya, muka dah lawa pipi dah gebu, lesung pipit siap ada lagi kiri kanan, gigi? siap ade siung satu dua. Lelaki mana yang boleh tahan; tak rasa tergoda.... 

Sebab tulah.. budaya niqab ni diamalkan balik. Kira macam budaya Arabisasi ni dah mula diterima secara terbuka dah kat sini. Kononya, nak naikkan darjat wanita di sisi Islam untuk tak tergoda.. Tapi, mereka kurang faham. Tu yang kadang-kadang si pemakai nampak lagi menggoda daripada sebelumya sebab dia tak faham. 


(Sumber: Google Images)

Ramai yang nak berhijrah, nak pakai niqab tapi mereka tak faham.. Dia guna fabrik yang jarang, yang melekap kat muka tiap kali tarik nafas, masih lagi yang nampak lengan dan ada pulak tu siap tarah kening lepas tu lukis balik... lepastu yang paling terkini siap pakai contact lens warna-warni. Itu belum lagi tengok cari posing. Kalau pak Arab tengok sekalipun, boleh dibukanya serban, dikipas-kipasnya kat badan, menahan gelora jiwa tengok Muslimat akhir zaman jadi macam tu. 

Kau pakai lawa-lawa nak tarik perhatian siapa sebenarnya?

Tepuk dahi. 

MASHARAKAT/RAFIUDDIN RABU
(DIAORANG SIBUK SEBARKAN AIB KAU DI MEDIA SOSIAL, HATI-HATI)

Salam Ukhuwah,
  - Larzuardi -




Saturday 22 October 2016

Freedom !!

Assalamualaikum and hai gais !! ok larz dah rindu blog sawang larz ni. (HAHA) sebenarnya larz dah janji kan dengan korang yang larz akan selalu update kan kan? I'm so sorry guys. Last larz update pon dalam bulan jun macam tu kan? HAHA sorry lagi sekali. Larz kena hadap final year exam guys (HUHU) dah la 2 minggu exam pastu 1 hari 1 paper. Ha amacam tu? (PAGHAH BAK HANG) korang sendiri tahu larz sekolah sampai petang an? so ayuhla berhuhu.. 2 minggu exam tu dah macam 2 bulan punye exam au ! tapi takde la sampai 2 tahun (!) haha



Larz rasa senang hati sesangat sekarang ni, sebab ape? sebab i dah freedom u (:c) haha. nasib baik last paper subjek arab takde la stress sangat. Ha tapi tapi lepas habis exam tu la jerawat tu nak keluar. perit woi !! orang yang pernah ade jerawat je tahu apa itu LIFE (!) hahaha. ape nak tahu addmath larz macam mana? oh addmath tu Alhamdulillah la sekarang ni. Larz boleh catch up ape yg cikgu wook ajau. tapi itule larz belajar addmath macam keretapi kalau terlepas kena beli tiket sendiri. HAHA. itu kenyataan ye wahai awak awak semua. Lagi takut tahun depan addmath dengan matematik moden pon cikgu wook yang ajau. Cikgu wook dah pesan awal awal kalau belajar ngn die tahun depan bulan Jun dah habis silibus, (?) hahaha. "Pandai-pandai kamula nak kejar macam mana" tapi tapi cikgu wook ajar setakat ni Alhamdulillah Larz boleh dapat semuanya. So addmath aritu soalan dari PPD semua selaras (soalan nasib baik tak tahap atasan) haha. Alahamdulillah Larz boleh buat. Sampai disini sahaja ye cerita hari ni. Esok larz ade sukan tahunan sekolah so nak rest awal. hikhuk. Larz minta maaf sesangat sebab dapat buat short entry ja hari ni. Larz sayang readers larz semua.


salam ukhuwah dari,
    - Larzuardi -

Tuesday 21 June 2016

result

Assalamualaikum gais, hari nii larz nak cite satu benda yang larz rasa nak share kat hangpa sume. hehe.

Act, larz dah dapat result midterm larz. Alhamdulillah semua subjek ok, lulus la jugak. > < haha. ok lol (!) larz nak cite 1 subjek yang larz rasa larz boleh tapi kenyataannye sungguh tak BOLEH (!) huh. 

                                                                 ADDMATH (!) (!) (!) 

ya! addmath ! sebenarnya akhir tahun f3 lagi larz dah decide nak amik ape bile f4, larz ingat nak amik addmath sebagai subjek elektif sebab sekolah larz takde sains tulen atau sains agama atau yang lain2 tulakan. sekolah larz cume ade subjek tambahan addmath dengan prinsip perakaunan shj (!) result math larz masa pt3 takde la memuaskan sangat tapi yang penting tak GAGAL la. hehe. Ape? Habis tu berapa gred math larz? syuhh ! RAHSIA ! haha. Bagi Larz exam math pt3 lagi susah dari exam math sebelum ni. I think SPM lagi better dari PT3. hahahahahah. woi! TAKABUR. hahaha, serious talk ok (!) sebab time f1 dengan f2 math ok gila seh. boleh ikut start dari flow tapi naik f3 hancur lebur rentung habis ! mule2 belajar ok, wah best rasanya belajar sudut2 bagai, teorem phytagoras bagai... memang best gile bljr math f3 kalau pakai buku teks. tapi bile start je bulan2 menempuh trial dah rentung sebab soklan KBAT die macam apetah! so start dari situ takleh move on dengan math f3. Lagi2 soalan bab algebra tuh (!) memang taklakan nak skor kat bab tuh. haha. So bile start masuk f4 pengetua awal2 dah bagitahu budak yang dapat A,B,C je yang boleh amik ADDMATH niha. Dahla time tuh punye semangat nak masuk kelas addmath last2 tak boleh, so korg mesti dah boleh tau kan result math larz time pt3 bile kan (?) HAHA. lol . Then, balik rumah bagitahu ibu ngn baba yang pasal addmath tu, pengetua cakap kalau nak masuk jugak buat rayuan. hey dude! larz tak suka buat rayuan2 ni. ergh ! but lastly terpaksa jugak buat surat rayuan hantar pejabat semua tetibe nama kena panggil ngn teacher minah pasal rayuan tuh. Tecer Minah cakap pengetua approved rayuan tuh tapi hati tak tenang beb bile dengar haha. Memang pada asalnya dah nekad naik f4 nak amik addmath tapi bile pengetua cakap takleh amik minat nak belajar addmath tu dah hilang sebab lepas dapat tau pasal addmath larz amik prinsip perakaunan. ok AKAUN ok (!) Tecer cakap larz boleh start kelas addmath next week nye tuh so ok kan aje la. Masuk je kelas addmath join ngn budak perempuan semua ok je sebb masa awal tahun masing semangat tapi bile ade yang dapat tawaran kat skolah lain makin lama budak perempuan tinggal 7 orang je. itu yang ustaz Halim bile pantau kelas addmath kiteorg die ckap bagus bidak 4G ni. " WARA' '' je masing2 (!!!) ok nampak tak tu betapa wara' nye kiteorg bile bljr addmath. + campur dengan budak lelaki plk tuh. itu yang WARA' tuh. haha. so larz boleh dah sikit2 ikut belajar sekali sebab addmath ni pon bagi larz yang boleh bawak pon ikut subtopik macam bab kuadratik, geometri koordinat, indeks dan logaritma ( tapi suka indeks je logaritma susah gilos ! ) dan yang paling best nombor indek,, itu paling senang belajar [ bagi larz la] orang lain larz tak tahu. hehe. tapi bile exam midterm, rupenye cikgu ade kasi soklan2 yang masuk exam sebab cikgu rasa susah soklan tuh sebab soklan dari PPD. Dan Larz tak tahu pon yang cikgu ade kasi soklan2 tuh sebab time cikgu bagi tuh larz demam tak datang sekolah tapi bile tanye dieorg ade hw tak dieorang cakp takde so tak amik port sangatla. bile hari exam addmath dieorang baru nak tunjuk yang ade soklan tuh sebab tak tahu macam mana nak buat. Terkejut la jugak sebb bile masa plk cikgu bagi pastu baru la ckp masa larz tak dtgla cikgu kasi soklan tuh. so ok la boleh terima hakikat la kan. yela, lagi berapa minit nak exam baru tau ade soklan yang masuk pekse !!!! ALLAH je tahu masa tuh macam mana perasaan larz. HAHA. so whats the result? hahahahahaha. FAILED tho !!!!! auchek. *emoji monyet tutup mata* malu gilos tho! bile dapat tau result bapak takut nak tunjuk baba pasal result sampai sekarang tak bagitahu, haha. Bile nak bagitahu? bile 3 penjuru adela. (!) hahahahha. ok gais begitu la cerita die sebenarnya. huhu TAKUT GILA ! ALLAHU !!! ok bai, lots of love from larz. >.< 



Assalamualaikum wbt. selamat malam dan selamat bersahur serta berpuasa. 

Monday 13 June 2016

cinta

Cinta dari kaabah
                 "Sayang, mama teringin nak tengok anak mama ni berdua. Asyik sorang je kak long." Puan Sarah berat untuk mengeluarkan kata-katanya.
            "Maksud mama ni apa, lain je bunyinya.." Seri membalas dengan lembut.
Sememangnya Seri tidak pernah meninggikan suara kepada mamanya.            "Ye la, mama dah semakin bertambah usia ni.. Nak tengok anak mama ni bahagia dulu, dan mama boleh timang cucu." Puan Sarah berterus terang.
            "Mama..." Seri memegang tangan mamanya lembut."Jodoh dan seru masih belum sampai mama. Kalau dah tiba masa nanti, insyaAllah mama mesti dapat juga menimang cucu. InsyaAllah..." Seri menjawab penuh yakin.
            "Ok, kalau Seri tak ada, ada orang tanya mama ni. Dia nak berhajat baik untuk Seri. Seri sedia terima ke lamaran kali ni. Mama dah banyak kali tanya seri asyik menolak je.. Tapi, kali ni insyaAllah, mama tengok orangnya beriman. Boleh membimbing Seri. Waraq dan berpendidikan tinggi orangnya." Jelas Puan Sarah panjang.
            Diharapkan Seri berubah hati dan lembut untuk menerima hajat yang dibawa oleh sebelah pihak. Seri diam. Dia menundukkan sedikit kepalanya beberapa minit.Seri memandang tepat ke wajah mamanya yang semakin kusam ditelan usia. Wajah penuh kasih dan keibuannya turut menyentuh hatinya tatkala itu. Akhirnya, Seri akur dengan takdir..            "Mama, apa yang terbaik buat mama adalah yang terbaik buat Seri. Siapa jua pilihan mama, itulah pilihan Seri. Seri redha, tapi izinkan Seri lakukan solat istikharah dulu bole mama? Seri juga harus bertanyakan pada pemilik cinta dan diri Seri. Jika Cinta itu Allah anugerahkan untuk Seri, Seri akan terima, InsyaAllah..." Seri menjawab tenang.
Pelukan kasih sayang diiringi air mata gembira menyelubungi dua beranak di hujung ruang tamu.
Pelukan kasih sayang diiringi air mata gembira menyelubungi dua beranak di hujung ruang tamu. Pelukan kasih sayang diiringi air mata gembira menyelubungi dua beranak di hujung ruang tamu. Suatu pagi..            "Mama, Seri bermimpi sama seperti yang Seri pernah mimpi masa di Mekah. Lelaki yang Seri jumpa di Kaabah tu,.... Ya! Lelaki yang sama. Tapi,... err.. entahlah mama. Seri musykil. Oh ya mama, Seri dah lakukan solat istikharah, dan InsyaAllah, Seri dah sedia." Seri yakin dan tampak tenang sekali.
Hari yang dinantikan telah tiba..."Assalammualaikum...Adam dan Hawa bersatu oleh ketentuanNYA, Bersatu di bawah satu cinta yang suci, Kami datang membawa hajat menyunting bunga, Yang mekar di taman suci penuh berseri.."Waalaikumsalam...Alhamdulillah, kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah yang Esa Membawa rahmat menjunjung sunnah menyambung warisan Wahai saudara saudari yang dikasihi semua InsyaAllah, kami menerima dengan syukur dipanjatkan..Selesai sesi berpantun, kini tiba acara menyarung cincin tanda 2 hati bakal disatukan.Pintu dikuak.. Bilik yang berwarna merah jambu berseri tersusun indah dengan penuh kelopak mawar putih berbau harum..            Seri pasrah dengan ketentuannya. Moga dengan redha Ilahi, dan juga kedua ibu bapanya akan merestui segala yang akan termenterai oleh sebuah ikatan yang sah. Permintaan dari pihak lelaki untuk mempercepatkan pernikahan Seri terima tanpa banyak soal. Baginya, apa yang baik buat ibu dan ayahnya tentunya baik untuknya.Seketika seraut wajah yang persis pernah dilihatnya berdiri di hadapannya. Ya, lelaki yang pernah dijumpainya di Mekah, di hadapan Kaabah dulu. Seri hampir tidak cam kerana hanya sekali memandang dan masing-masing tertunduk..SubhanALLAH, hanya nama Allah sahaja bermain di hati Seri. Seri tunduk dan diam. Dia redha dengan takdirnya, dan lelaki yang sama yang dialamatkan dalam mimpinya. Tak salah, bisik hatinya.Sebentuk cincin disarungkan di jari manis sebelah kanan, seketika kemudian, sebentuk cincin lagi disarungkan ke jari manis sebelah kiri tanda dirinya kini telah dimiliki. Seri hanya mampu tunduk, beristigfar, memuji dan menyebut nama Allah.. Hatinya benar-benar pasrah atas ketentuan Yang Esa.Selesai majlis jam 4.00 petang. Seri mengemas sekitar dalam rumah. Dia terpandang pada hantaran dari pihak lelaki, Senaskah Al-Quran dan ditepinya terselit satu envelope diserikan dengan riben berwarna pink. Hati Seri terdetik untuk membuka sampul surat yang nampak kelainannya."Assalammualaikum buat bakal zaujahku,Ana hanyalah insan biasa yang jua sama seperti kaum Adam yang lain ingin mencari bunga untuk suntingan hati, bukan sekadar pendamping diri tetapi untuk menjadi pelengkap diri untuk saling melengkapi kekurangan yang ada. Dan ana temui semuanya melalui petunjuk ilahi yang mendekatkan ana dengan anti...Yang memberanikan ana menyatakan hasrat hati tanpa selindung.
 
            Bagai bergetar hati dan naluri Seri. Walau belum pernah mengenali namun hatinya seakan bergetar seusai membaca sehelai kertas yang dilipat rapi di dalam sampul berwarna merah jambu.
Ya ALLAH, Seandainya telah KAU tetapkan dia untukku, satukanlah kami..
Permudahkan lah perhubungan kami,
Sesungguhnya KAU Maha Mengetahu dan Berkuasa tiap sesuatu..
            Seri bingkas bangun selesai solat magrib dan berdoa memanjat kesyukuran kepadaNYA..Telekung dilipat rapi dan digantung di dalam almari. Langkahnya di atur ke meja tulis berhampiran katil yang menempatkan sebuah diari yang menyimpan segala rasa hatinya.. Kali ini dia terlalu rindu untuk melakarkan baris kata sebagai meluahkan segala yang terbuku di hati. Diari yang berusia hampir 2 tahun itulah peneman setianya...
 
 
            "Ya ALLAH, Sesungguhnya JanjiMU Benar.. KAU terlalu BAIK YA ALLAH... Sesungguhnya KAU Maha Pengampun... Memberikan keampunan atas setiap dosa hambaNYA yang bertaubat nasuha atas setiap kesilapan dan kesalahan dosa yang telah dilakukan.."
Cinta... Bagiku, aku telah putus harap pada Cinta.... Aku telah yakin bahawa pasti ada CintaMU di akhirat sana walau tiada cinta yang akan menemaniku di dunia ini... Namun, ternyata aku salah! Aku berdosa Ya ALLAH!!.. Aku insaf..Dulu beberapa kali KAU hadirkan insan yang cukup sempurna buatku, namun aku biarkan... Biarkan dia kecewa dan pergi membawa hati yang lara.. Dan aku terlalu berbangga dengan segala kebahagiaan yang mungkin hadir di kemudian hari... Masih lagi ku ingati betapa lelaki itu merayu dan memohon cintaku, namun aku hanya mampu melihat dan berlalu meninggalkannya.Betapa kejamnya aku... Kini, apabila semuanya telah dibalas oleh perbuatan ego dan sombongku, aku menangis dan merayu padaMU... Aku insaf dan taubat atas setiap sikap sombongku, egoku... Inilah hambaMU yang terlalu mementingkan diri sendiri...Sekian lama aku menangisi takdir hidupku... namun aku sedar tiada siapa yang mampu menolak takdir..Sehingga KAU hadirkan cahaya dalam jalan kelamku... Seorang imam yang akan menjadi pembimbing hidupku, Seorang ketua yang akan membantuku, seorang pendidik yang akan mendidik keluargaku.... Semua itu KAU hadirkan tanpa diduga... Benarlah KAU Maha Penyayang YA ALLAH...Aku redha atas ketentuanMU dari Kaabah... Semoga itu Cinta yang akan mendekatkanku dengan JANNAHMU...Amin..."

Semoga kita dapat saling mengasihi atas nama Allah, insyaAllah... Ana bukanlah seperti anti yang mempunyai kepetahan berhujah, menutur bicara indah di bumi Malaysia serta cemerlang dalam kehidupan. Ana hanyalah bakal zaujmu yang hanya berkembang dan menghabiskan masa remaja menuntut di Mesir tanpa mengikut perkembangan dunia di sini. Kekurangan yang kita ada semoga akan saling melengkapi dengan kasih sayang kurniaanNYA...                                                                                                                    Setulus hati,Azhari Muzaffar

Friday 10 June 2016

(vespa)

Vespa kenangan

                "Ibu, Amin dah beli tepung dan gula yang ibu suruh Amin beli balik dari sekolah tadi. Ada Amin letakkan di dapur." Lembut Amin menuturkan bicara kepada Ibunya tersayang. Lalu seperti biasa dia melangkah menuju ke pinggir tangga, duduk di situ memikirkan..
            "Ya nak... Terima kasih. Biarkanlah dulu. Ibu tengah siapkan jahitan yang Cik Kiah kirim ni." Sambil tangan dan kakinya sibuk bekerja di mesin jahit singer itu, Mak Jah menjawab.
            Amin. Seorang anak yang taat. Kasihnya kepada ibu tidak pernah kurang walau senipis helaian rambut. Selepas pemergian ayahnya dua tahun lalu, Pak Latiff, ibunya sahajalah tempat Amin bergantung, tempat Amin bermanja, tempat Amin bergurau senda. Tiada kawan dan adik beradik lain seperti orang lain yang boleh Amin ajak main bilamana petang-petang di kawasan rumah kampung dekat dengan bendang itu. Kalau dulu, waktu arwah ayahnya masih ada, Amin sangat rapat dengannya. Bersiar-siar keliling kampung dengan dibonceng Pak Latiff, motor Vespa hijau tinggalan atuk itu sungguh comel sekali masa itu. Sekarang sudah usang jadinya, tak ada siapa yang nak jaga. Ramai juga orang kampung yang lalu lalang bertanya mengenai Vespa itu. Ada yang sanggup beli sampai harga beribu ringgit. Yalah, semua tahu enjin motor itu kuat dan tahan lama, boleh dijadikan enjin pada gerabak angkut sawit, tanah, pendek kata memang bagus. Ada juga yang mahu menjadikan koleksi barang antik, dan ada yang saja-saja ingin masuk kelab Vespa di pekan sana. Tapi, setiap kali ada orang yang datang melamar Vespa itu, Aminlah yang menjadi penentang nombor satu. Macam-macam alasan dan hujah diberi Amin kepada ibunya supaya tidak menjual motor itu. Akhirnya, sampai sekarang duduk saja Vespa itu di tempatnya, tempat kali terakhir ia diletakkan oleh orang kampung selepas dihantar pulang. Amin rasakan kenangannya pada Vespa itu sangat bernilai, walaupun sudah nampak agak usang kini, Amin tetap sayang, Amin bersihkan badannya tiap-tiap petang selepas pulang dari sekolah. Diusapnya badan Vespa itu dengan penuh rasa kasih. Cuma dia tak tahu membawanya saja.
            "Amin teringin nak bawa motor tu la bu, boleh tak?" Rengek Amin kepada ibunya sambil merenung ke arah Vespa yang tersadai di bawah rumah, tepi tangga rumah kampung itu.
            "Amin pandai ke nak bawa? Motor tu kan berat. Badan Amin tu kan kecik je. Silap-silap motor tu ke parit, Amin ke hospital. Amin tak sayang ibu lagi ke. Nak tengok ibu duduk kat hospital tu siang malam jaga Amin? Nak bayar duit biaya hospital tu pun ibu tak mampu." Sudah acap kali Amin suarakan hasrat ini kepada Mak Jah, namun jawapan ini jugalah yang Amin dapat.
            Sengaja Mak Jah jawab begitu sebab dia amat sayang akan Amin, satu-satunya anak yang dia rasakan sangat baik untuknya. Syukur. Dia rasakan amat beruntung ada anak seperti Amin, tak macam anak remaja orang lain yang degil, liar, saban hari buat onar dan memeningkan kepala. Amin lain. Memang berbeza dengan remaja seusianya, walaupun baru tingkatan tiga, tingkahnya matang dan tak pernah buat hati kecil Mak Jah terluka. Dia juga tak mahu kerana Vespa itu Amin menjadi seperti ayahnya.
             Kenangan peristiwa lalu yang meragut nyawa Pak Latiff tidak pernah kering dari memori Mak Jah, apatah lagi untuk terus diluputkan begitu sahaja memori itu. Kerna Vespa itulah Pak Latiff terbaring tak bernyawa, bukan kerana kemalangan atau terjatuh dari motor, tetapi kerana orang yang iri hati terhadap Pak Latiff. Pak Latiff masa itu bergelar jaguh Vespa Pekan Kampung Seri Menanti. Siapa yang tak kenal dengan Pak Latiff, sudah bertahun memegang gelaran juara pertandingan Vespa Klasik Nusantara yang menjadi gilaan pemuja-pemuja motosikal klasik itu seluruh Malaysia. Sehinggakan ada manusia yang gelap hatinya, dengki sanggup membunuh Pak Latiff di suatu malam tika Pak Latiff pulang dari surau seusai mengerjakan solat terawih berjemaah. Pak Latiff ditemui mati tertikam dek buluh runcing, malah Vespanya juga turut menjadi mangsa dicampakkan ke hujung tebing parit. Dan keesokan harinya, barulah ada orang kampung menemui mayat Pak Latiff, sungguh ngilu, pilu, dan sedih bila terkenang arwah yang pergi dalam keadaan yang sebegitu, terbiar semalaman di tepi jalan yang sejuk gelap gelita. Mak Jah tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya kerana faham Pak Latiff akan selalu berada di surau itu untuk berqiamullail, lebih-lebih lagi waktu itu sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.
            Sampai sekarang tiada siapa tahu dalang di sebalik peristiwa itu dan akhirnya kes sudahpun ditutup oleh pihak berkuasa. Ada juga mulut gatal orang kampung yang mengatakan, Pak Latiff sudah tidak waras menikam dirinya sendiri, tak kurang juga yang berkata Pak Latiff terkena buatan orang melalui ilmu hitam, dan macam-macam lagi. Namun Mak Jah dan Amin percaya bahawa itu sudah ketentuan yang Maha Esa. Sudah tiba masa Pak Latiff pergi dan jika itu cara dia diambil oleh Tuhan, Mak Jah redha. Tidak putus doa Mak Jah dan Amin untuk arwah, disamping berdoa agar orang yang berbuat jahat terhadap arwah diberi hidayah dan mendapat balasan yang setimpalnya, bukan di dunia, di akhirat sana pasti tidak terlepas.
Kini, Mak Jah dapat merasakan yang Amin mahu mengikut jejak ayahnya menjadi juara dan dengan niat ingin menuntut bela kematian ayahnya itu. Namun, naluri keibuannya cepat-cepat menangkap hasrat Amin itu dan cuba seboleh mungkin untuk mengekang.

AYAH
WALAU KAU PERGI TERLEBIH DULU
KETAHUILAH
KASIH ANAKMU TAK PERNAH PUTUS KUNJUNG
DALAM DOA KU UKIR RASA RINDU
DALAM MIMPI KITA BERTEMU
KAULAH WIRA, KAULAH INSPIRASI...
BONDA
DI TELAPAK KAKI MU SYURGA MEMBENTANG
DALAM DOAMU TERKABULLAH KASIH SAYANG
DALAM KATAMU ADA HIKMAH
DAN SENYUM MU TIDAK MENGENAL SENJA
ENGKAULAH PELITA DIKALA JIWA GELAP GELITA...
JANJI ANAKMU
TAKKAN MELUPAKAN
WALAU HINGGA AKHIR NANTI.
            "Kenapa orang tu sanggup bunuh ayah Amin ya bu? Ayah Amin tu baik, solat tak tinggal, dan kalau dia jadi juara sekalipun, apa salahnya kan, ayah memang berhak dapat gelaran tu, vespa ayah Amin tu istimewa, tak macam orang lain punya." Luahan Amin kepada ibunya yang sedang tekun menyiapkan tempahan jahitannya itu, seolah-olah berkata sendiri namun sengaja dikuatkan suara.
Dari tadi dia hanya duduk saja ditangga dengan baju sekolahnya tidak lagi berbuka. Itu sudah menjadi rutin harian Amin selepas pulang dari sekolah, paling kurang sepuluh ke tiga puluh minit pasti Amin duduk di situ memikirkan dan mengenangkan akan peristiwa yang menimpa ayahnya dua tahun lalu.
            "Amin... ALLAH itu Maha Mengetahui dan Penyayang. Tidak DIA merancang dan menjadikan sesuatu perkara itu tanpa ada sebab dan manfaatnya. Kita sebagai hambanya perlu terima segala takdir yang telah tersurat. Redha dan berdoa agar ayah Amin selamat di sana. Ingat pesan ibu, doa anak yang soleh itulah yang menjadi cahaya penerang untuk ayah Amin di alam sana, dan moga dia ditempatkan dalam golongan yang mendapat syurga Allah." Nasihat Mak Jah kepada anak kesayangannya itu. Dia jikalau boleh tidak mahu Amin terus berfikir yang bukan-bukan, apatah lagi jika ada niat di hati anaknya itu untuk membalas dendam.
Senyap.
            Mak Jah ingin menyambung kata-katanya tapi bila terlihat Amin yang hanya tunduk duduk terdiam, dia mematikan suis mesin jahit itu dan bingkas bangun menuju ke arah Amin. Menangiskah dia? Bisik hati kecil Mak Jah. Tak pernah Amin macam ni. Selalu dia tidak bertanya banyak, hanya kadang-kadang seperti bercakap sendiri dan tersenyum, mungkin mengenangkan peristiwa indah-indah bila dia dengan ayahnya. Pak Latiff pun memang manja dengan Amin sejak Amin lahir sehinggakan kadang-kadang Mak Jah merasakan yang suaminya itu lebih memahami Amin. Tapi itu dulu.
            "Amin nak jadi anak yang soleh tak? Amin nak jumpa dengan ayah Amin lagi ye? InsyaAllah kalau Amin jadi anak dan insan yang soleh, Amin masih boleh jumpa dengan ayah, di syurga... Amin sedih? Nak menangis? Sini peluk ibu. Menangislah kuat-kuat tak apa. Tak ada orang tahu, inikan ibu Amin."  Seperti memahami hati anaknya, si ibu membisikkan. Luhur dari dalam hati seorang ibu yang amat faham tentang anak bujangnya itu. Ya. Amin sudah besar, dan sudah lama Amin tak menangis. Lantas dipeluk Amin erat-erat. Amin tak menjawab soalan ibunya, Amin terus dan terus menangis seperti anak kecil di pangku ibu. Teresak-esak.
            "Anak ibu ni masih kecik lagi rupanya, nak ibu datang peluk, pujuk-pujuk macam dulu ye bila menangis. Takpe. Dulu masa Amin kecik lagi la Amin kuat nangis tau." Sebak di hati Mak Jah melihat anaknya itu menangis kerana mengingatkan ayahnya, namun si ibu bijak menyembunyikan rasa sayu dan sedih itu. Dia perlu lebih kuat untuk melihat anaknya kuat. Dia tidak mahu melihat anaknya menjadi lemah kerana peristiwa itu, itukan qada' dan qadar Allah.
            Dalam esak tangis dipangkuan ibunya Amin menuturkan, "Orang lain di sekolah semua cakap macam-macam pasal ayah Amin.. Amin sedih. Ayah Amin baik. Amin nak naik Vespa tu dengan ayah... Amin nak pergi jalan sampai hujung kampung sana dengan ayah, tengok bendang, main layang-layang... Amin nak teman ayah pergi bengkel Pak Ramlee hias-hias Vespa tu... Amin nak..."Kata-kata Amin terhenti bila Mak Jah menangkup mulut amin dengan tangannya, butir air mata si ibu yang tadi disorokkan kini terlerai juga akhirnya, tak sanggup dia mendengar lagi Amin menyambung bicara.
            Pandangan mata ibu dan anak bertentang, dalam kesayuan si ibu menjawab, "Amin satu-satunya anak ibu. Amin masih beruntung ada ibu di sisi yang jaga Amin. Ada orang lain yang macam Amin sudah tiada ibu dan ayah... Sekurang-kurangnya Amin masih ada ibu kan? Amin kata dulu nak jaga ibu bila ibu dah tua. Nak belajar pandai-pandai, nak merasa duduk  luar negara... Kalau Amin asyik sedih macam ni, macam mana Amin nak jaga ibu nanti. Amin kena lebih kuat, lebih kuat dari ibu! Ibu lagi sedih sebenarnya, ibu hilang orang yang ibu sayang, suami ibu. Tempat ibu bergantung lebih sepuluh tahun lamanya. Ayah Amin pergi tak tinggalkan apa-apa pun untuk kita. Tapi ada Amin nampak ibu sedih-sedih?" Senyap. Hanya suara unggas dan deruman enjin motor yang terdengar dari kejauhan. Mereka berpelukan.Kata-kata si ibu akhirnya pecah berteman esak tangis si anak,
            "Ibu sayang Amin. Kasih sayang ibu sampai ke Syurga.."
            "Amin pun sayang ibu.. sayang sangat... sangat."

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak keturunanku orang-orang yang mendirikan solat, Wahai Pemelihara kami, terimalah doa permohonanku.

Wednesday 8 June 2016

selamat berpuasa :)

Assalamualaikum, hola hola... kita bertemu lagi.. selamat menyambut bulan ramadhan. ok larz tau dah 4 hari puasa dah sebenarnya.. haha. 

             - sorry sangat sebab dah lama sangat tak blogging maybe sebab nak update blog (?) haha
             - larz dah buat banyak pembaharuan dekat blog larz. 
             - actually larz cari blogskin yang bertemakan biru sebab larz suka warna biru, i dont know why (?) haha mungkin sebab biru mendamaikan ? huhu
             - larz dah topup lagu dlm tuh. i know lagu tak best kan? dan larz pon malas nak tukar  je... hahaha
             - dan kalau korang semua perasan ade chatbox kat situ dan larz tak letak pon code chatbox larz sebab LARZ TAK RETI GUNAAAA (!!!!!) serious talk memang tak reti guna. 


ok (!) larz nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam diluar sana. :) maybe lepasni larz akan selalu update blog, i will post more something good to you guys. *thumbsup HAHA - -'  oh ya, sebelum terlupa larz sebenarnya tak pandai nak edit blog or anything else yang boleh jadikan blog kita ni banyak readers, banyak chit - chat, banyak komen and else because i'm newbie. :) selalunya larz akan buat cerita2 pendek, puisi ke, update pasal members ke family ke sibs ke atau ape2 yang larz rasa nak post? ahaha. kalau ada salah silap ke atau nak ajar larz cara edit blog or cara post yg lebih tiptop ke just email larz ok (?) 

this is my email: 

         fatihazulkafli@gmail.com


*pfft, jasa anda amat larz hargai sesangat atau kita boleh jadi rakan bloggers? manala tahu. :)

sorry for this short entry, good bye.  


Assalamualaikum readers,,

Friday 8 April 2016

kenangan?

                                                 

                                                       Assalamualaikum, hola hola 

[2014]


Terlalu rindu, rindu dan semestinya rindu. haha. Inilah keluarga kedua larz even larz takde pon dalam gambar tuh. Actually, bukan apa kalau kita tau apa itu sahabat kompom punye la semuanya dengan dia tapi bagi larz dieorang bukan sahabat yang ala-ala 4s tuh cuma dieorang sahabat yang selalu satu kepala dengan larz. Larz kenal dieorang since larz form 1 [2013] ehem, ehem, larz batch 00' ^.^ Dulu yela baru masuk sekolah menengah so perangai tak matang lagi, still lagi gaduh-gaduh, puak-puak bagai. Lagi-lagi bile time nak buat group untuk presentation kan mesti punyelah nak memilih someone. Ok yang tu lawak. haha Start form 1 kiteorang mesti tak satu kepala, ada je masalah yang datang. Kalau nak tahu kiteorang selalu kena label kelas bising, haha tapi tapi satu la kena bangga lakan walaupun kiteorang ni macam Mak Senah or Jemah bagai kan, kiteorang takde la sampai nak buat masalah disiplin yang series sangat. hehe. Time Form 1 larz duduk sebaris dengan Najwa dengan Aina sofia dan lebih lagi larz dulu duduk depan meja cikgu dengan duduk sebelah tingkap yang ala-ala sauna. haha Maknanya larz selalu tidur dalam kelas. Memang la duduk tepi tingkap tapi tapi asik berpeluh je duduk tepi tingkap tuh. Ha yang tak patotnye lakan setiap kelas mesti larz tidur... siap bawak kain batik pi sekolah tau. haha. Tapi itu semua tinggal kenangan, sebab apa? sebab larz dah bukan hostelian. Larz duduk hostel just time f1.

          ______________________________________________________________________

[2015]




Ingat lagi time ni pergi buat kerja kursus geografi. Almaklumlah kami pt3 bukan pmr dah. hehe. Alhamdulillah larz dapat score dalam geografi ni sebab yela kerja kursus je pon. Nak cite yang pengalaman buat kerja kursus dapat menmbahkan lagi keyakinan diri. Kita berani nak tanya pendapat orang, soal selidik and banyak lagi. Tak tahu nak desc apa lagi cuma nak cakap time buat kerja kursus ni best sangat. 

__________________________________________________________________

RAYA, RAYA DAN RAYA!! 
[2015]




hola hola, ok yang ni pulak kenangan larz dengan dieorang time raya tahun lepas. Actually sekolah larz sekolah agama kan so kiteorang kena pakai tudung warne2 jugak janji labuh. Memang boleh adjust kalau pakai shawl or bawal tapi better pakai tudung skolah yang macam2 warne right? haha
em em, apa lagi eh? hihi. Oh ya, kite cite pasal sate ok? ok sate die sedap gile woah. sapa je yang tak suka satay kan? haha. 

_________________________________________________________________

OPEN HOUSE RUMAH AZRA
[2014]






Form 2 boh. haha. Muka tak matang masing-masing,, haha. Time ni rumah azra ada buat open house. ok larz kenal azra since larz darjah 3 lagi. Kiteorang dulu kelas semuanya sama, sekolah pagi ngn sekolah petang. cume time darjah 4 je lain. Larz masuk kelas pertama and azra kelas kedua. Then darjah 5 kiteorang jumpe balik hinggalah darjah 6. Bile masuk sekolah menengah pon azra still lagi sekolah yang sama dengan larz dan juga kelas yang sama. Memang la kelas yang sama sebab dekat sman ade dua kelas je setiap form. Kiteorang lelaki perempuan asing. hehe. So tak rasa awkward la. Memang la mula-mula rase awkward sebab yela dulu kite dah biasa bergaul dengan lelaki tapi bila msuk sman terus pisah. kau rasa? haha. Tapi bile setiap tahun dah amalkan pengasingan kelas lelaki dan perempuan ni dah tak jadi masalah pon senanya. Senanya kelas yang semua perempuan akan membuat kita rasa lebih selesa. hewhew. Nak buat ape-apa semua bebas. Nak melalak pon boleh, menyanyi boleh, main kejar-kejar pon boleh dan yang lagi penting,, haha dan yang lagi penting kalau kau tidur ternganga pon orang tak kesah. Sapa tu? larz la orangnye. hahahaha. *gelak kat diri sendiri. 

_____________________________________________________________________

R2FAB4U [2014]














ok,, gambar diataskan menceritakan semasa larz dengan kengkawan buat jamuan kelas masa larz f2. Yang ni punye jamuan pon best sebab walaubagaimana nakal pon kau dekat kelas tuh, korang tetap satu keluarga yang bahgia yang umpama tiada buat salah pon. hahaha ayat tunggang langgang. Start f2 la kiteorang dah boleh satu kepala sikit, kalau dulu bising sikit suruh senyap bagai tapi skang dah tak dah. Nanti kalau bising sebok marah asal tak suruh join buat halaqah sekali. >.< haha. Senang cakap kiteorang buat masalah semua sama-sama. Lagi-lagi bila bab makan dalam kelas. Wuish ni lagi lah. Kalau sorang makan yang lain semua berjemaah, haha. Kirenya Time f2 masa kiteorang kenal hati masing-masing la. Aicewah. hahaha

______________________________________________________________________

APEIBEDAY BONDA FADHILAH
[2014]



Time ni masa celebrated befday bonda tersayang, hewhew. Cikgu rasa terharu sebab kek coklat tuh jia yang buat. Jia memang pandai bab-bab buat benda-benda macam ni. hehe. Masa tuh jap rasenye azra ade kasi jam tangan kot sebagai hadiah befday cikgu. Lepas buat jamuan tuh macam biasa kiteorang memang pantang kalau setiap kali event tak snap pic. Mesti banyak kali perasan kan kenapa larz dengan kawan-kawan selalu snap pic dekat astaka tuh? sebab astaka tuh mule-mule tempat kiteorang lepak bila takde cikgu. Yela depan kelas jekot astaka tak jauh nau pon, selangkah keluar kelas je dah ade astaka.. tak yah cakap selangkah lakan,, kau dalam kelas pon kau boleh nampak. So tht's why kiteorang jadikan port tuh sebagai port untuk gambar kiteorang. hehehe.

___________________________________________________________________

ok gais,, done for today. Berharap yang korang enjoy baca blog larz. Kalau ada salah silap mohon dimaafi atau ditegur. hehe. baibai. Assalamualaikum wbt.