hai gais,, em em senanya larz ingat nak share bakat terpendam.. haha ok yang ni malu. >.< senanya larz ade buat satu cerita ni tapi die macam budak-ii sikit au. haha... ok kite cite sinopsis die sikit eh?
cite die camni...
* Fakhrul Fhaeizi dan Fawani Fitrah adalah sahabat baik sejak dari mereka kecil lagi sehinggalah mereka menjadi pasangan kekasih. Kedua-dua mereka padai dalam pelajaran. Malangnya, Fawani Fitrah tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.
Fakhrul Fhaeizi pula telah mendapat tawaran ke universiti. Fawani Fitrah berasa sungguh gembira. Dia berjanji akan bantu membiayai pengajian Fakhrul Fhaeizi memandangkan dia membuka sebuah butik pengantin dan dalam pada masa yang sama dia membuat penjualan secara online.
Sebelum pergi ke universiti, Fakhrul Fhaeizi telah bernikah dengan Fawani Fitrah. Di universiti, Fakhrul Fhaeizi telah membantu seorang perempuan yang kena ragut, Tengku Amani. Sejak peristiwa itu Tengku Amani mula menaruh hati pada Fakhrul Fhaeizi.
Fakhrul Fhaeizi mula lupa pada Fawani Fitrah dan dia lebih menyanjungi Tengku Amani.
Apakah yang akan terjadi pada Fawani Fitrah? Dapatkan Tengku Amani menerima Fakhrul Fhaeizi apabila mengetahui yang jejaka idamannya itu sudahpun berkahwin? Dan bagaimana pula dengan nasib sang putera Fakhrul Fhaeizi ?
jengjengjeng,, hehe... ha dah baca sinopsis kat atas tuh? best tak? mesti korang sume nak tahu apa yang jadi an? yela sekarang kan trend cintan cintun ni.. >.< kalau korang sume nak tahu opening cite ni macam mana... jangan la terlepas nak check blog larz tau ? ;)