Monday, 24 October 2016

Niqab

NIQAB

(Sumber: Google images)

Sejak dua menjak ni dan boleh aku cakap sejak lima enam tahun yang sudah, trend pakai dress labuh dan jubah dalam kalangan makwe-makwe semakin hebat. Ada jubah lengan songket, ada jubah perut sulan kain lace dan ada juga jubah ditaburnya butir-butir manik. Tak kisahlah apa jenis panggilan, sama ada jubah, dress, mahupun anaya tapi kat mata lelaki; ia tetap sama. 

Jubah. 

Dan setahun yang sudah ni, gelombangnya makin ketara. Sejak lambakkan artis wanita kat nusantara ni yang dah mula nak insaf dan sedia berhijrah nak tutup aurat. Dah tak nak pakai rambut karat-karat dah. Dah tak nak pakai skirt atas lutut yang buat diri dia sendiri terseksa setiap kali nak duduk atas sofa. Terkepit-kepit nak tahan dudk tu, risau nampak yang tak patut. 



(Sumber: Google images) 

Itu pasal jubah. Pasal trend pakai niqab ni pun satu hal juga sebenarnya. Menduga iman betul. 

Niqab kalau tak tahu, trend dia mula masa awal tahun 80-an dulu. Gerakan Al-Arqam. Sebab dulu, kalau wanita yang pakai purdah ni, dia memamg daripada bangsa Arqam. Tak ada lain dah. Tapi yang bagusnya, purdah bangsa mereka dulu satu kaler sahaja; hitam. Dan tudungnya pula labuh sampai ke pinggang. 

Entah kenapa, tiba-tiba nama Arqam terus senyap dan sepi. Katanya sebab ajaran sesat. Entahlah. 

(Sumber: Google Images)

Tapi tu dulu... tapi sekarang ni? sejak cerita Indon Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat-Ayat Cinta sampai kat TV Malaysia, wanita melayu kita khasnya... dah mula minat nak pakai niqab macam heroin filem seberang tu. Yang tak bagusnya tu.. ramai wanita yang aku jumpa, pakai niqab daripada kain yang jarang dan masih nampak susuk wajah. Lagi sedih, siap ada tabur manik lagi kat niqab. (haish)

Dah lari dari tujuan niqab tu... (yang dulunya untuk menundukkan pandangan daripada lelaki yang bukan mahram). Mana tidaknya, muka dah lawa pipi dah gebu, lesung pipit siap ada lagi kiri kanan, gigi? siap ade siung satu dua. Lelaki mana yang boleh tahan; tak rasa tergoda.... 

Sebab tulah.. budaya niqab ni diamalkan balik. Kira macam budaya Arabisasi ni dah mula diterima secara terbuka dah kat sini. Kononya, nak naikkan darjat wanita di sisi Islam untuk tak tergoda.. Tapi, mereka kurang faham. Tu yang kadang-kadang si pemakai nampak lagi menggoda daripada sebelumya sebab dia tak faham. 


(Sumber: Google Images)

Ramai yang nak berhijrah, nak pakai niqab tapi mereka tak faham.. Dia guna fabrik yang jarang, yang melekap kat muka tiap kali tarik nafas, masih lagi yang nampak lengan dan ada pulak tu siap tarah kening lepas tu lukis balik... lepastu yang paling terkini siap pakai contact lens warna-warni. Itu belum lagi tengok cari posing. Kalau pak Arab tengok sekalipun, boleh dibukanya serban, dikipas-kipasnya kat badan, menahan gelora jiwa tengok Muslimat akhir zaman jadi macam tu. 

Kau pakai lawa-lawa nak tarik perhatian siapa sebenarnya?

Tepuk dahi. 

MASHARAKAT/RAFIUDDIN RABU
(DIAORANG SIBUK SEBARKAN AIB KAU DI MEDIA SOSIAL, HATI-HATI)

Salam Ukhuwah,
  - Larzuardi -




Saturday, 22 October 2016

Freedom !!

Assalamualaikum and hai gais !! ok larz dah rindu blog sawang larz ni. (HAHA) sebenarnya larz dah janji kan dengan korang yang larz akan selalu update kan kan? I'm so sorry guys. Last larz update pon dalam bulan jun macam tu kan? HAHA sorry lagi sekali. Larz kena hadap final year exam guys (HUHU) dah la 2 minggu exam pastu 1 hari 1 paper. Ha amacam tu? (PAGHAH BAK HANG) korang sendiri tahu larz sekolah sampai petang an? so ayuhla berhuhu.. 2 minggu exam tu dah macam 2 bulan punye exam au ! tapi takde la sampai 2 tahun (!) haha



Larz rasa senang hati sesangat sekarang ni, sebab ape? sebab i dah freedom u (:c) haha. nasib baik last paper subjek arab takde la stress sangat. Ha tapi tapi lepas habis exam tu la jerawat tu nak keluar. perit woi !! orang yang pernah ade jerawat je tahu apa itu LIFE (!) hahaha. ape nak tahu addmath larz macam mana? oh addmath tu Alhamdulillah la sekarang ni. Larz boleh catch up ape yg cikgu wook ajau. tapi itule larz belajar addmath macam keretapi kalau terlepas kena beli tiket sendiri. HAHA. itu kenyataan ye wahai awak awak semua. Lagi takut tahun depan addmath dengan matematik moden pon cikgu wook yang ajau. Cikgu wook dah pesan awal awal kalau belajar ngn die tahun depan bulan Jun dah habis silibus, (?) hahaha. "Pandai-pandai kamula nak kejar macam mana" tapi tapi cikgu wook ajar setakat ni Alhamdulillah Larz boleh dapat semuanya. So addmath aritu soalan dari PPD semua selaras (soalan nasib baik tak tahap atasan) haha. Alahamdulillah Larz boleh buat. Sampai disini sahaja ye cerita hari ni. Esok larz ade sukan tahunan sekolah so nak rest awal. hikhuk. Larz minta maaf sesangat sebab dapat buat short entry ja hari ni. Larz sayang readers larz semua.


salam ukhuwah dari,
    - Larzuardi -