Assalamualaikum, hola hola
[2014]
Terlalu rindu, rindu dan semestinya rindu. haha. Inilah keluarga kedua larz even larz takde pon dalam gambar tuh. Actually, bukan apa kalau kita tau apa itu sahabat kompom punye la semuanya dengan dia tapi bagi larz dieorang bukan sahabat yang ala-ala 4s tuh cuma dieorang sahabat yang selalu satu kepala dengan larz. Larz kenal dieorang since larz form 1 [2013] ehem, ehem, larz batch 00' ^.^ Dulu yela baru masuk sekolah menengah so perangai tak matang lagi, still lagi gaduh-gaduh, puak-puak bagai. Lagi-lagi bile time nak buat group untuk presentation kan mesti punyelah nak memilih someone. Ok yang tu lawak. haha Start form 1 kiteorang mesti tak satu kepala, ada je masalah yang datang. Kalau nak tahu kiteorang selalu kena label kelas bising, haha tapi tapi satu la kena bangga lakan walaupun kiteorang ni macam Mak Senah or Jemah bagai kan, kiteorang takde la sampai nak buat masalah disiplin yang series sangat. hehe. Time Form 1 larz duduk sebaris dengan Najwa dengan Aina sofia dan lebih lagi larz dulu duduk depan meja cikgu dengan duduk sebelah tingkap yang ala-ala sauna. haha Maknanya larz selalu tidur dalam kelas. Memang la duduk tepi tingkap tapi tapi asik berpeluh je duduk tepi tingkap tuh. Ha yang tak patotnye lakan setiap kelas mesti larz tidur... siap bawak kain batik pi sekolah tau. haha. Tapi itu semua tinggal kenangan, sebab apa? sebab larz dah bukan hostelian. Larz duduk hostel just time f1.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[2015]
Ingat lagi time ni pergi buat kerja kursus geografi. Almaklumlah kami pt3 bukan pmr dah. hehe. Alhamdulillah larz dapat score dalam geografi ni sebab yela kerja kursus je pon. Nak cite yang pengalaman buat kerja kursus dapat menmbahkan lagi keyakinan diri. Kita berani nak tanya pendapat orang, soal selidik and banyak lagi. Tak tahu nak desc apa lagi cuma nak cakap time buat kerja kursus ni best sangat.
__________________________________________________________________
RAYA, RAYA DAN RAYA!!
[2015]
hola hola, ok yang ni pulak kenangan larz dengan dieorang time raya tahun lepas. Actually sekolah larz sekolah agama kan so kiteorang kena pakai tudung warne2 jugak janji labuh. Memang boleh adjust kalau pakai shawl or bawal tapi better pakai tudung skolah yang macam2 warne right? haha
em em, apa lagi eh? hihi. Oh ya, kite cite pasal sate ok? ok sate die sedap gile woah. sapa je yang tak suka satay kan? haha.
_________________________________________________________________
OPEN HOUSE RUMAH AZRA
[2014]
Form 2 boh. haha. Muka tak matang masing-masing,, haha. Time ni rumah azra ada buat open house. ok larz kenal azra since larz darjah 3 lagi. Kiteorang dulu kelas semuanya sama, sekolah pagi ngn sekolah petang. cume time darjah 4 je lain. Larz masuk kelas pertama and azra kelas kedua. Then darjah 5 kiteorang jumpe balik hinggalah darjah 6. Bile masuk sekolah menengah pon azra still lagi sekolah yang sama dengan larz dan juga kelas yang sama. Memang la kelas yang sama sebab dekat sman ade dua kelas je setiap form. Kiteorang lelaki perempuan asing. hehe. So tak rasa awkward la. Memang la mula-mula rase awkward sebab yela dulu kite dah biasa bergaul dengan lelaki tapi bila msuk sman terus pisah. kau rasa? haha. Tapi bile setiap tahun dah amalkan pengasingan kelas lelaki dan perempuan ni dah tak jadi masalah pon senanya. Senanya kelas yang semua perempuan akan membuat kita rasa lebih selesa. hewhew. Nak buat ape-apa semua bebas. Nak melalak pon boleh, menyanyi boleh, main kejar-kejar pon boleh dan yang lagi penting,, haha dan yang lagi penting kalau kau tidur ternganga pon orang tak kesah. Sapa tu? larz la orangnye. hahahaha. *gelak kat diri sendiri.
_____________________________________________________________________
R2FAB4U [2014]
ok,, gambar diataskan menceritakan semasa larz dengan kengkawan buat jamuan kelas masa larz f2. Yang ni punye jamuan pon best sebab walaubagaimana nakal pon kau dekat kelas tuh, korang tetap satu keluarga yang bahgia yang umpama tiada buat salah pon. hahaha ayat tunggang langgang. Start f2 la kiteorang dah boleh satu kepala sikit, kalau dulu bising sikit suruh senyap bagai tapi skang dah tak dah. Nanti kalau bising sebok marah asal tak suruh join buat halaqah sekali. >.< haha. Senang cakap kiteorang buat masalah semua sama-sama. Lagi-lagi bila bab makan dalam kelas. Wuish ni lagi lah. Kalau sorang makan yang lain semua berjemaah, haha. Kirenya Time f2 masa kiteorang kenal hati masing-masing la. Aicewah. hahaha
______________________________________________________________________
APEIBEDAY BONDA FADHILAH
[2014]
Time ni masa celebrated befday bonda tersayang, hewhew. Cikgu rasa terharu sebab kek coklat tuh jia yang buat. Jia memang pandai bab-bab buat benda-benda macam ni. hehe. Masa tuh jap rasenye azra ade kasi jam tangan kot sebagai hadiah befday cikgu. Lepas buat jamuan tuh macam biasa kiteorang memang pantang kalau setiap kali event tak snap pic. Mesti banyak kali perasan kan kenapa larz dengan kawan-kawan selalu snap pic dekat astaka tuh? sebab astaka tuh mule-mule tempat kiteorang lepak bila takde cikgu. Yela depan kelas jekot astaka tak jauh nau pon, selangkah keluar kelas je dah ade astaka.. tak yah cakap selangkah lakan,, kau dalam kelas pon kau boleh nampak. So tht's why kiteorang jadikan port tuh sebagai port untuk gambar kiteorang. hehehe.
___________________________________________________________________
ok gais,, done for today. Berharap yang korang enjoy baca blog larz. Kalau ada salah silap mohon dimaafi atau ditegur. hehe. baibai. Assalamualaikum wbt.

































