assalamualaikum, hola hola.
Akhirnya siap pon bab 1 . hewhew. senanya larz dah buat separuh lepastu terus stop sebab idea tak datang. haha. inshaAllah lepasni larz akan buat bab 2 pulak. yey. maaflah kalau cerita yang larz buat ni tak best sebab larz bukannya macam penulis novel terkenal. Larz pun kena belajar daripada bawah jugak. so larz harap korang semua suka baca bab 1 nih. hope you gaiz enjoy it. >.<
___________________________________________________________________
1
"Seminggu lagi
Eizi akan lapor diri di universiti, Wani" ujar Fakhrul Fhaeizi perlahan
kepada gadis idamannya yang bernama Fawani Fitrah.
Lama Fakhrul
Fhaeizi menatap wajah putih gebu itu tanpa berkelip-kelip. Renungan itu membawa
seribu makna buat Fakhrul Fhaeizi. Penuh sayang dan sayu. Kalau hendak ikutkan,
dia tidak mahu berpisah dengan kekasihnya itu. Namun
demi mengejar cita-citanya itu terpaksa dia akur."Eizi harap kasih sayang
kita takkan berubah Wani walaupun kita berjauhan," ujar Fakhrul Fhaeizi
lagi.
Fawani Fitrah
mengeluh panjang. Resah keluhan itu di kelopak bibirnya. Kain-kain pilihan
pelanggan-pelanggannya yang bakal dijahitnya itu diriba sehelai demi sehelai.
Ditatapnya kain-kain itu penuh gelisah.
Adakah berpisah itu
tanda sayang dan rindu akan sentiasa bugar seperti bunga-bunga orkid di dalam
pasu di halaman rumahnya?Bisik hati kecilnya.
"Wani tak gembira ke dengar berita baik ni?" soal
Fakhrul Fhaeizi ingin kepastian.Sesekali mata Fakhrul Fhaeizi menatapi jahitan
yang dilakukan oleh Fawani Fitrah. Kemas jahitan itu. Sungguh cermat dan cantik
sekali.
Fawani Fitrah
menyapu kelopak matanya dengan perlahan. Mungkin pandangannya berbalam kerana
terlampau lama menatap jahitan yang berada di atas ribanya. Kemudian dia
mendongak dan menatap wajah kekasihnya itu.
Jauh renungan itu kemudian dia berkata,
"Kerana terlampau
gembiralah, Wani tahan sayu yang berhimpun di dalam hati ni Eizi."
"Wani..."
keluh Fakhrul Fhaeizi.Pandangannya kini terpaku pada kelembutan jari Fawani
Fitrah.
"Kalau setinggi Air Terjun Sungai Gabai itu kasih sayang Eizi pada
Wani namun seluas dunia inilah jugak rindu dan kasih sayang Wani pada Eizi."
ujar Fawani Fitrah dengan nada bersahaja.
Terdiam sejenak
Fakhrul Fhaeizi mendengar luahan Fawani Fitrah.
"Wani harap kita saling
berhubung antara satu sama lain. Eizi harap Wani jangan jadikan universiti itu
untuk jarakkan kasih sayang kita."
Fakhrul Fhaeizi
berasa resah. Dia berasa sangat resah.
“Kalau Eizi sibuk, Eizi hantar mesej
dekat Wani eh?.. em, kalau ada masa lapang pun. Eizi akan telefon Wani ye?’’
Fawani Fitrah terus
menjahit kain yang berada dia atas ribanya itu. “Eizi jangan risau, Wani akan
jaga keluarga Eizi. Cuma Wani harap…’’
“Apa yang Wani nak
katakan?...”
“Wani harap Eizi
jangan hampakan kasih sayang Wani kat Eizi?.”
“InsyaAllah, Eizi
janji. Eizi takkan hampakan bidadari yang Eizi sayangkan sangat-sangat ni.”
Wani berhenti menjahit lalu memandang buah hati kesayangannya itu
denagn sayu sekali. Eizi mengusap kepala Wani dengan penuh kasih sayang.
Pandangannya terhenti apabila terlihat ada tompok di kain yang dijahit oleh
bidadarinya itu. Apabila dia terasa tompok dikain itu basah, Eizi terus mendongak
melihat Wani yang sedang teresak menangis. Lalu dia menarik kepala buah hatinya
ke dada bidangnya itu.
“ Eizi pernah kesat
air mata Wani, Eizi ingat tak?” kata Wani kepada Eizi. Fakhrul Fhaeizi hanya
mampu mengangguk dengan pertanyaan bidadarinya itu. Kata-kata Wani membuat Eizi
berasa gemuruh tanpa sebarang sebab. Seperti tidak sanggup melihat gadis yang
sedang berada di dalam dakapannya itu.
“ Eizi pernah
tenangkan Wani sewaktu abah Wani sakit tenat. Waktu itu Eizi suruh Wani
beristighfar agar hati Wani berasa tenang kan? Dan pada waktu itu juga Eizi
sruh Wani membuat solat istiqarah ketika Eizi hendak memohon belajar di
universiti juga.’’ Kata Fawani Fitrah lalu menangis di dalam dakapan buah
hatinya itu.
“Janganlah Wani
risau. Selagi baju yang Eizi pakai ni cantik dimata Wani hasil tangan Wani,
InsyaAllah Eizi takkan sesekali lupakannya. Eizi akan jaga baju ni sama dengan
Eizi jaga hati dan perasaan Wani,” ujar Fakhrul Fhaeizi dengan
bersungguh-sungguh.
Sekali lagi Wani
berasa ingin menitiskan air mata. Bila-bila masa sahaja titisan-titisan mutiara
yang berada di kelopak matanya akan jatuh. Itu senjata seorang wanita.
“Wani harap Eizi
berjaya capai apa yang Eizi idamkan selama ini.’’ Ujar Wani sambil menatap buah
hatinya itu.
“ Terima kasih
sayang, sungguh baik hatimu. Pandang Eizi kepadanya lalu mengenyitkan mata
kepada bidadarinya itu. Oh, sebelum Eizi terlupa. Malam ni Eizi akan adakan
majlis tahlil dan Solat Hajat di rumah. Wani datang ye?.”
Fawani Fitrah hanya
mengangguk kepala dan tersenyum memandang Fakhrul Fhaeizi
“Eizi nak Wani
datang esok eh? Tolong mama hidangkan nasi, lauk dan apa yang patut. Em, tolong
Kak Jai dengan Kak Juwa jugak tau. Paling tidak pun tolong dia orang kemas
rumah. Bidadari Eizi ni kan pandai kemas rumah, hehe.” Usik Fakhrul Fhaeizi.
“Baiklah intan
payungku.”
“Sunyinye rumah ni.
Mana abang Mel?” tanya Fakhrul Fhaeizi
“Katanya ke bandar
kejap,” jawab Fawani Fitrah sambil menatap wajah buah hatinya itu.
“Pergi Bandar? Nak cari
apa smapai pergi ke bandar?”
“Katanya nak pergi
beli barang-barang untuk hias bilik. Wani pun tak tahu Eizi dan dengan siapa
dia pergi pon Wani tak tahu. Itu pun dah balik,” tuding Fawani Fitrah.
Fakhrul Fhaeizi
berpaling. Kamel Auf yang baru pulang dari bandar terus bersalam dengan Fakhrul
Fhaeizi.
“Apa khabar abang Mel?”
sapa Eizi.
“Khabar baik,Eizi.
Hah ni bila nak ke universiti?
“Jumaat ni bang.”
“Eh, cepatnya
masuk. Apa-apa pun tahniah Eizi.”
Kamel Auf
melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu.
“ Macam mana dengan
permohonan kau untuk belajar ke luar negara tuh bang?” tanya Fakrul Fhaeizi.
“ Mungkin tak dapat
kot.” Ujar Kamel Auf
“ Tak dapat? Maksud
abang?”
Berkerut dahi Fakhrul
Fhaeizi. Fawani Fitrah tunduk dan meneruskan jahitannya itu.
“Kalau tak dapat
tentu dah sampai surat tawaran tu. Orang lain semuanya dah nak lapor diri
minggu depan.” luah Kamel Auf.
“Sabarlah abang
Mel. Kalau Allah tetapkan abang ke luar negara, suatu hari nanti abang pasti ke
luar negara juga.” Ujar Fakrul Fhaeizi.
“Kalaulah masin
bicara kau tuh. Dapatlah aku nanti. InshaAllah. Abah mana Wani?” soal Kamel Auf
kepada adik kesayangannya itu.
“Ada dekat dalam
biliknya kot bang.”
Baju yang telah
dijahit itu digantungkan di almari biliknya.
“Kalau nak bancuh
air, kena bancuh dua cawan, Wani,” usik Kamel Auf.
Kamel Auf menepuk
bahu Fakhrul Fhaeizi. Sementara Fawani Fitrah melangkah ke dapur. Dia membacuh
dua cawan kopi untuk Kamel Auf dan Fakhrul Fhaeizi. Kemudian dia kembali semula
ke ruang tamu dengan membawa dua cawan kopi bersama kek cawan yang dibelinya
tadi di dalam piring kecil.
“Abang Mel, malam
esok datang rumah ya? Aku nak adakan Solat Hajat” pelawa Fakhrul Fhaeizi.
“ InshaAllah.” ujar
Kamel Auf sambil memegang cawan yang berisi air kopi yang dibuat oleh adiknya
tadi.
Fakhrul Fhaeizi
tersenyum. Kamel Auf pula sambul mencapai cawan tadi dan hirupnya
perlahan-lahan.