Saturday, 2 April 2016

BAB 1

assalamualaikum, hola hola.

Akhirnya siap pon bab 1 . hewhew. senanya larz dah buat separuh lepastu terus stop sebab idea tak datang. haha. inshaAllah lepasni larz akan buat bab 2 pulak. yey. maaflah kalau cerita yang larz buat ni tak best sebab larz bukannya macam penulis novel terkenal. Larz pun kena belajar daripada bawah jugak. so larz harap korang semua suka baca bab 1 nih. hope you gaiz enjoy it. >.< 

___________________________________________________________________
                                    1


          "Seminggu lagi Eizi akan lapor diri di universiti, Wani" ujar Fakhrul Fhaeizi perlahan kepada gadis idamannya yang bernama Fawani Fitrah.
          Lama Fakhrul Fhaeizi menatap wajah putih gebu itu tanpa berkelip-kelip. Renungan itu membawa seribu makna buat Fakhrul Fhaeizi. Penuh sayang dan sayu. Kalau hendak ikutkan, dia tidak mahu berpisah dengan kekasihnya itu. Namun demi mengejar cita-citanya itu terpaksa dia akur."Eizi harap kasih sayang kita takkan berubah Wani walaupun kita berjauhan," ujar Fakhrul Fhaeizi lagi.
          Fawani Fitrah mengeluh panjang. Resah keluhan itu di kelopak bibirnya. Kain-kain pilihan pelanggan-pelanggannya yang bakal dijahitnya itu diriba sehelai demi sehelai. Ditatapnya kain-kain itu penuh gelisah.
          Adakah berpisah itu tanda sayang dan rindu akan sentiasa bugar seperti bunga-bunga orkid di dalam pasu di halaman rumahnya?Bisik hati kecilnya.
         "Wani tak gembira ke dengar berita baik ni?" soal Fakhrul Fhaeizi ingin kepastian.Sesekali mata Fakhrul Fhaeizi menatapi jahitan yang dilakukan oleh Fawani Fitrah. Kemas jahitan itu. Sungguh cermat dan cantik sekali.
          Fawani Fitrah menyapu kelopak matanya dengan perlahan. Mungkin pandangannya berbalam kerana terlampau lama menatap jahitan yang berada di atas ribanya. Kemudian dia mendongak dan menatap wajah kekasihnya itu.
Jauh renungan itu kemudian dia berkata,
         "Kerana terlampau gembiralah, Wani tahan sayu yang berhimpun di dalam hati ni Eizi."
          "Wani..." keluh Fakhrul Fhaeizi.Pandangannya kini terpaku pada kelembutan jari Fawani Fitrah. 
          "Kalau setinggi Air Terjun Sungai Gabai itu kasih sayang Eizi pada Wani namun seluas dunia inilah jugak rindu dan kasih sayang Wani pada Eizi." ujar Fawani Fitrah dengan nada bersahaja.
          Terdiam sejenak Fakhrul Fhaeizi mendengar luahan Fawani Fitrah.
          "Wani harap kita saling berhubung antara satu sama lain. Eizi harap Wani jangan jadikan universiti itu untuk jarakkan kasih sayang kita."
          Fakhrul Fhaeizi berasa resah. Dia berasa sangat resah. 
          “Kalau Eizi sibuk, Eizi hantar mesej dekat Wani eh?.. em, kalau ada masa lapang pun. Eizi akan telefon Wani ye?’’
          Fawani Fitrah terus menjahit kain yang berada dia atas ribanya itu. “Eizi jangan risau, Wani akan jaga keluarga Eizi. Cuma Wani harap…’’
          “Apa yang Wani nak katakan?...”
          “Wani harap Eizi jangan hampakan kasih sayang Wani kat Eizi?.”
          “InsyaAllah, Eizi janji. Eizi takkan hampakan bidadari yang Eizi sayangkan sangat-sangat ni.”
          Wani berhenti menjahit lalu memandang buah hati kesayangannya itu denagn sayu sekali. Eizi mengusap kepala Wani dengan penuh kasih sayang. Pandangannya terhenti apabila terlihat ada tompok di kain yang dijahit oleh bidadarinya itu. Apabila dia terasa tompok dikain itu basah, Eizi terus mendongak melihat Wani yang sedang teresak menangis. Lalu dia menarik kepala buah hatinya ke dada bidangnya itu.
          “ Eizi pernah kesat air mata Wani, Eizi ingat tak?” kata Wani kepada Eizi. Fakhrul Fhaeizi hanya mampu mengangguk dengan pertanyaan bidadarinya itu. Kata-kata Wani membuat Eizi berasa gemuruh tanpa sebarang sebab. Seperti tidak sanggup melihat gadis yang sedang berada di dalam dakapannya itu.
          “ Eizi pernah tenangkan Wani sewaktu abah Wani sakit tenat. Waktu itu Eizi suruh Wani beristighfar agar hati Wani berasa tenang kan? Dan pada waktu itu juga Eizi sruh Wani membuat solat istiqarah ketika Eizi hendak memohon belajar di universiti juga.’’ Kata Fawani Fitrah lalu menangis di dalam dakapan buah hatinya itu.
          “Janganlah Wani risau. Selagi baju yang Eizi pakai ni cantik dimata Wani hasil tangan Wani, InsyaAllah Eizi takkan sesekali lupakannya. Eizi akan jaga baju ni sama dengan Eizi jaga hati dan perasaan Wani,” ujar Fakhrul Fhaeizi dengan bersungguh-sungguh.
          Sekali lagi Wani berasa ingin menitiskan air mata. Bila-bila masa sahaja titisan-titisan mutiara yang berada di kelopak matanya akan jatuh. Itu senjata seorang wanita.
          “Wani harap Eizi berjaya capai apa yang Eizi idamkan selama ini.’’ Ujar Wani sambil menatap buah hatinya itu.
          “ Terima kasih sayang, sungguh baik hatimu. Pandang Eizi kepadanya lalu mengenyitkan mata kepada bidadarinya itu. Oh, sebelum Eizi terlupa. Malam ni Eizi akan adakan majlis tahlil dan Solat Hajat di rumah. Wani datang ye?.”
          Fawani Fitrah hanya mengangguk kepala dan tersenyum memandang Fakhrul Fhaeizi
          “Eizi nak Wani datang esok eh? Tolong mama hidangkan nasi, lauk dan apa yang patut. Em, tolong Kak Jai dengan Kak Juwa jugak tau. Paling tidak pun tolong dia orang kemas rumah. Bidadari Eizi ni kan pandai kemas rumah, hehe.” Usik Fakhrul Fhaeizi.
          “Baiklah intan payungku.” 
          “Sunyinye rumah ni. Mana abang Mel?” tanya Fakhrul Fhaeizi
          “Katanya ke bandar kejap,” jawab Fawani Fitrah sambil menatap wajah buah hatinya itu.
          “Pergi Bandar? Nak cari apa smapai pergi ke bandar?”
          “Katanya nak pergi beli barang-barang untuk hias bilik. Wani pun tak tahu Eizi dan dengan siapa dia pergi pon Wani tak tahu. Itu pun dah balik,” tuding Fawani Fitrah.
          Fakhrul Fhaeizi berpaling. Kamel Auf yang baru pulang dari bandar terus bersalam dengan Fakhrul Fhaeizi.
          “Apa khabar abang Mel?” sapa Eizi.
          “Khabar baik,Eizi. Hah ni bila nak ke universiti?
          “Jumaat ni bang.”
          “Eh, cepatnya masuk. Apa-apa pun tahniah Eizi.”
          Kamel Auf melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu.
          “ Macam mana dengan permohonan kau untuk belajar ke luar negara tuh bang?” tanya Fakrul Fhaeizi.
          “ Mungkin tak dapat kot.” Ujar Kamel Auf
          “ Tak dapat? Maksud abang?”
          Berkerut dahi Fakhrul Fhaeizi. Fawani Fitrah tunduk dan meneruskan jahitannya itu.
          “Kalau tak dapat tentu dah sampai surat tawaran tu. Orang lain semuanya dah nak lapor diri minggu depan.” luah Kamel Auf.
          “Sabarlah abang Mel. Kalau Allah tetapkan abang ke luar negara, suatu hari nanti abang pasti ke luar negara juga.”  Ujar Fakrul Fhaeizi.
          “Kalaulah masin bicara kau tuh. Dapatlah aku nanti. InshaAllah. Abah mana Wani?” soal Kamel Auf kepada adik kesayangannya itu.
          “Ada dekat dalam biliknya kot bang.”
          Baju yang telah dijahit itu digantungkan di almari biliknya.
          “Kalau nak bancuh air, kena bancuh dua cawan, Wani,” usik Kamel Auf.
          Kamel Auf menepuk bahu Fakhrul Fhaeizi. Sementara Fawani Fitrah melangkah ke dapur. Dia membacuh dua cawan kopi untuk Kamel Auf dan Fakhrul Fhaeizi. Kemudian dia kembali semula ke ruang tamu dengan membawa dua cawan kopi bersama kek cawan yang dibelinya tadi di dalam piring kecil.
          “Abang Mel, malam esok datang rumah ya? Aku nak adakan Solat Hajat” pelawa Fakhrul Fhaeizi.
          “ InshaAllah.” ujar Kamel Auf sambil memegang cawan yang berisi air kopi yang dibuat oleh adiknya tadi.
          Fakhrul Fhaeizi tersenyum. Kamel Auf pula sambul mencapai cawan tadi dan hirupnya perlahan-lahan.

No comments:

Post a Comment