cinta
Cinta
dari kaabah
"Sayang, mama teringin nak tengok anak mama ni berdua. Asyik
sorang je kak long." Puan
Sarah berat untuk mengeluarkan kata-katanya.
"Maksud
mama ni apa, lain je bunyinya.." Seri
membalas dengan lembut.
Sememangnya Seri tidak pernah meninggikan suara kepada mamanya. "Ye
la, mama dah semakin bertambah usia ni.. Nak tengok anak mama ni bahagia dulu,
dan mama boleh timang cucu." Puan Sarah
berterus terang.
"Mama..." Seri memegang tangan mamanya lembut."Jodoh dan seru masih belum sampai mama. Kalau dah tiba masa
nanti, insyaAllah mama mesti dapat juga menimang cucu. InsyaAllah..." Seri menjawab penuh yakin.
"Ok,
kalau Seri tak ada, ada orang tanya mama ni. Dia nak berhajat baik untuk Seri.
Seri sedia terima ke lamaran kali ni. Mama dah banyak kali tanya seri asyik
menolak je.. Tapi, kali ni insyaAllah, mama tengok orangnya beriman. Boleh
membimbing Seri. Waraq dan berpendidikan tinggi orangnya." Jelas Puan Sarah panjang.
Diharapkan Seri berubah hati dan
lembut untuk menerima hajat yang dibawa oleh sebelah pihak.
Seri diam. Dia menundukkan sedikit kepalanya beberapa minit.Seri memandang
tepat ke wajah mamanya yang semakin kusam ditelan usia. Wajah penuh kasih dan
keibuannya turut menyentuh hatinya tatkala itu.
Akhirnya, Seri akur dengan takdir.. "Mama, apa yang terbaik buat mama adalah yang
terbaik buat Seri. Siapa jua pilihan mama, itulah pilihan Seri. Seri redha,
tapi izinkan Seri lakukan solat istikharah dulu bole mama? Seri juga harus
bertanyakan pada pemilik cinta dan diri Seri. Jika Cinta itu Allah anugerahkan
untuk Seri, Seri akan terima, InsyaAllah..." Seri menjawab tenang.
Pelukan kasih sayang diiringi air mata gembira menyelubungi dua beranak di
hujung ruang tamu.
Pelukan kasih sayang diiringi air mata gembira menyelubungi dua beranak di
hujung ruang tamu.
Pelukan kasih sayang diiringi air mata gembira menyelubungi dua beranak di
hujung ruang tamu. Suatu
pagi.. "Mama, Seri bermimpi sama seperti yang Seri pernah
mimpi masa di Mekah. Lelaki yang Seri jumpa di Kaabah tu,.... Ya! Lelaki yang
sama. Tapi,... err.. entahlah mama. Seri musykil. Oh ya mama, Seri dah lakukan
solat istikharah, dan InsyaAllah, Seri dah sedia." Seri yakin dan tampak tenang sekali.
Hari yang
dinantikan telah tiba..."Assalammualaikum...Adam dan
Hawa bersatu oleh ketentuanNYA,
Bersatu di bawah satu cinta yang suci,
Kami datang membawa hajat menyunting bunga,
Yang mekar di taman suci penuh berseri.."Waalaikumsalam...Alhamdulillah,
kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah yang Esa
Membawa rahmat menjunjung sunnah menyambung warisan
Wahai saudara saudari yang dikasihi semua
InsyaAllah, kami menerima dengan syukur dipanjatkan..Selesai
sesi berpantun, kini tiba acara menyarung cincin tanda 2 hati bakal disatukan.Pintu
dikuak..
Bilik yang berwarna merah jambu berseri tersusun indah dengan penuh kelopak
mawar putih berbau harum.. Seri pasrah dengan ketentuannya.
Moga dengan redha Ilahi, dan juga kedua ibu bapanya akan merestui segala yang
akan termenterai oleh sebuah ikatan yang sah. Permintaan dari pihak lelaki
untuk mempercepatkan pernikahan Seri terima tanpa banyak soal. Baginya, apa
yang baik buat ibu dan ayahnya tentunya baik untuknya.Seketika seraut wajah
yang persis pernah dilihatnya berdiri di hadapannya.
Ya, lelaki yang pernah dijumpainya di Mekah, di hadapan Kaabah dulu. Seri
hampir tidak cam kerana hanya sekali memandang dan masing-masing
tertunduk..SubhanALLAH, hanya nama Allah sahaja bermain di hati Seri. Seri
tunduk dan diam. Dia redha dengan takdirnya, dan lelaki yang sama yang
dialamatkan dalam mimpinya. Tak salah, bisik hatinya.Sebentuk cincin
disarungkan di jari manis sebelah kanan, seketika kemudian, sebentuk cincin
lagi disarungkan ke jari manis sebelah kiri tanda dirinya kini telah dimiliki.
Seri hanya mampu tunduk, beristigfar, memuji dan menyebut nama Allah.. Hatinya
benar-benar pasrah atas ketentuan Yang Esa.Selesai
majlis jam 4.00 petang. Seri mengemas sekitar dalam rumah. Dia terpandang pada
hantaran dari pihak lelaki, Senaskah Al-Quran dan ditepinya terselit satu
envelope diserikan dengan riben berwarna pink.
Hati Seri terdetik untuk membuka sampul surat yang nampak kelainannya."Assalammualaikum
buat bakal zaujahku,Ana hanyalah insan biasa yang jua sama seperti
kaum Adam yang lain ingin mencari bunga untuk suntingan hati, bukan sekadar
pendamping diri tetapi untuk menjadi pelengkap diri untuk saling melengkapi kekurangan
yang ada. Dan ana temui semuanya melalui petunjuk ilahi yang mendekatkan ana
dengan anti...Yang memberanikan ana menyatakan hasrat hati tanpa selindung. Bagai bergetar hati dan naluri Seri.
Walau belum pernah mengenali namun hatinya seakan bergetar seusai membaca
sehelai kertas yang dilipat rapi di dalam sampul berwarna merah jambu.Ya ALLAH,
Seandainya telah KAU tetapkan dia untukku, satukanlah kami..
Permudahkan lah perhubungan kami,
Sesungguhnya KAU Maha Mengetahu dan Berkuasa tiap sesuatu.. Seri bingkas bangun selesai solat
magrib dan berdoa memanjat kesyukuran kepadaNYA..Telekung dilipat rapi dan
digantung di dalam almari. Langkahnya di atur ke meja tulis berhampiran katil
yang menempatkan sebuah diari yang menyimpan segala rasa hatinya.. Kali ini dia
terlalu rindu untuk melakarkan baris kata sebagai meluahkan segala yang terbuku
di hati. Diari yang berusia hampir 2 tahun itulah peneman setianya... "Ya ALLAH, Sesungguhnya JanjiMU Benar.. KAU terlalu
BAIK YA ALLAH... Sesungguhnya KAU Maha Pengampun... Memberikan keampunan atas
setiap dosa hambaNYA yang bertaubat nasuha atas setiap kesilapan dan kesalahan
dosa yang telah dilakukan.."Cinta...
Bagiku, aku telah putus harap pada Cinta.... Aku telah yakin bahawa pasti ada
CintaMU di akhirat sana walau tiada cinta yang akan menemaniku di dunia ini...
Namun, ternyata aku salah! Aku berdosa Ya ALLAH!!.. Aku insaf..Dulu beberapa
kali KAU hadirkan insan yang cukup sempurna buatku, namun aku biarkan... Biarkan
dia kecewa dan pergi membawa hati yang lara.. Dan aku terlalu berbangga dengan
segala kebahagiaan yang mungkin hadir di kemudian hari... Masih lagi ku ingati
betapa lelaki itu merayu dan memohon cintaku, namun aku hanya mampu melihat dan
berlalu meninggalkannya.Betapa kejamnya aku... Kini, apabila semuanya telah
dibalas oleh perbuatan ego dan sombongku, aku menangis dan merayu padaMU... Aku
insaf dan taubat atas setiap sikap sombongku, egoku... Inilah hambaMU yang
terlalu mementingkan diri sendiri...Sekian lama aku menangisi takdir hidupku...
namun aku sedar tiada siapa yang mampu menolak takdir..Sehingga KAU hadirkan
cahaya dalam jalan kelamku... Seorang imam yang akan menjadi pembimbing
hidupku, Seorang ketua yang akan membantuku, seorang pendidik yang akan
mendidik keluargaku.... Semua itu KAU hadirkan tanpa diduga... Benarlah KAU
Maha Penyayang YA ALLAH...Aku redha atas ketentuanMU dari Kaabah... Semoga itu
Cinta yang akan mendekatkanku dengan JANNAHMU...Amin..."
Semoga kita dapat saling mengasihi atas nama
Allah, insyaAllah... Ana bukanlah seperti anti yang mempunyai kepetahan
berhujah, menutur bicara indah di bumi Malaysia serta cemerlang dalam
kehidupan. Ana hanyalah bakal zaujmu yang hanya berkembang dan menghabiskan
masa remaja menuntut di Mesir tanpa mengikut perkembangan dunia di sini.
Kekurangan yang kita ada semoga akan saling melengkapi dengan kasih sayang
kurniaanNYA...
Setulus hati,Azhari Muzaffar
No comments:
Post a Comment